suria

Kilang Kopi MyCafe Berdaftar

GEORGETOWN: Kilang memproses dan mengeluarkan kopi segera berperisa durian MyCafe didapati berdaftar dan mempunyai sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP) selepas pemeriksaan dilakukan pihak berkuasa beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, kilang itu juga didapati mematuhi syarat pensijilan yang diberikan.

Namun pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada berlaku pencemaran di sepanjang proses membuat kopi tersebut.

"Kita telah membuat lawatan dan pemeriksaan ke kilang tersebut sejurus kejadian yang menimpa mangsa dilaporkan. Kilang yang beroperasi sejak 2009 yang terletak di Seberang Perai itu, mempunyai GMP.

"Namun, siasatan masih dijalankan sama ada kelainan campuran pada serbuk kopi iaitu pencemaran boleh berlaku di sepanjang rantaian (dari ia diproses di kilang hinggalah ke cawan kopi). Oleh itu, siasatan perlu diteliti di setiap sudut," katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Pasaraya Sunshine mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan stok kopi yang didakwa menyebabkan simptom letih dan lemah terhadap dua lelaki selepas meminum kopi segera MyCafe.

Pengurus Besar Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, sejak kes tersebut tular di media sosial, pihaknya mengambil keputusan untuk menyimpan kesemua stok kopi tersebut di kesemua enam cawangan pasaraya terbabit.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua pengawal keselamatan warga Nepal mengalami sesak nafas dan sakit dada sebelum pengsan selepas meminum kopi tersebut yang diberikan seorang wanita ketika kedua-dua mangsa sedang bertugas di Pulau Tikus di sini.

Sebelum itu, dua wanita turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom sama kerana dipercayai meminum kopi tersebut yang diberikan oleh orang awam sebagai barangan derma kepada sebuah tokong.

Kes tersebut kini disiasat polis berikutan keputusan analisa menunjukkan kopi tersebut dicampur dengan bendasing disyaki dadah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.-SinarHarian

Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, kilang itu juga didapati mematuhi syarat pensijilan yang diberikan.

Namun pihaknya masih menjalankan siasatan sama ada berlaku pencemaran di sepanjang proses membuat kopi tersebut.

"Kita telah membuat lawatan dan pemeriksaan ke kilang tersebut sejurus kejadian yang menimpa mangsa dilaporkan. Kilang yang beroperasi sejak 2009 yang terletak di Seberang Perai itu, mempunyai GMP.

"Namun, siasatan masih dijalankan sama ada kelainan campuran pada serbuk kopi iaitu pencemaran boleh berlaku di sepanjang rantaian (dari ia diproses di kilang hinggalah ke cawan kopi). Oleh itu, siasatan perlu diteliti di setiap sudut," katanya ketika dihubungi Jumaat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pasaraya Sunshine mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan stok kopi yang didakwa menyebabkan simptom letih dan lemah terhadap dua lelaki selepas meminum kopi segera MyCafe.

Pengurus Besar Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, sejak kes tersebut tular di media sosial, pihaknya mengambil keputusan untuk menyimpan kesemua stok kopi tersebut di kesemua enam cawangan pasaraya terbabit.

Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua pengawal keselamatan warga Nepal mengalami sesak nafas dan sakit dada sebelum pengsan selepas meminum kopi tersebut yang diberikan seorang wanita ketika kedua-dua mangsa sedang bertugas di Pulau Tikus di sini.

Sebelum itu, dua wanita turut dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom sama kerana dipercayai meminum kopi tersebut yang diberikan oleh orang awam sebagai barangan derma kepada sebuah tokong.

Kes tersebut kini disiasat polis berikutan keputusan analisa menunjukkan kopi tersebut dicampur dengan bendasing disyaki dadah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

MyCafe, Dr Wan Mansor

Artikel Lain