suria

"Mereka Berhak Berbuat Demikian" - Tiong Lai

PUTRAJAYA: Pencarian MH370 yang disambung semula berjalan lancar walaupun timbul isu kapal yang terlibat dalam usaha pencarian itu hilang dari radar selama tiga hari, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kami sedar ramai orang menjejaki pergerakan Seabed Constructor, jadi apabila alat transponder dimatikan, sudah tentu orang ingin tahu apa yang berlaku.

"Tapi semuanya normal dan jika mereka ingin mematikan alat itu, mereka berhak berbuat demikian," kata Liow kepada pemberita ketika ditemui pada Rabu.

Kata beliau, kapal laut itu dalam perjalanan ke pelabuhan Fremantle Australia untuk berlabuh seperti yang dijadualkan dan mengisi minyak.

"Selepas itu, kapal tersebut akan menyambung semula usaha pencarian. Pihak kementerian melalui Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan memberikan butiran lanjut tentang perkembangan terkini kepada pihak media," kata beliau.

Pemerhati yang mengikuti perkembangan pencarian itu terkejut apabila kapal tersebut 'hilang' dari radar antara 1 hingga 4 Februari.

MH370

Artikel Lain