suria

Buat Bising Punya Pasal, Pemuda Kena Penjara Empat Bulan

BATU PAHAT: Seorang pemuda berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan setelah didapati bersalah apabila berkelakuan tidak senonoh dan membuat bising di Balai Polis Batu Pahat.

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim, di Mahkamah Majistret Batu Pahat, setelah mengaku bersalah sebaik pendakwaan dibacakan, dan pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mustaqim Sukarno.

Terdahulu, tertuduh Leong Giin Yong pada Jumaat minggu lalu lebih kurang jam 2.30 petang telah mengamuk dan memaki hamun dengan mengeluarkan perkataan kesat kepada anggota polis.

Dalam masa sama, ketika anggota polis cuba menenangkannya, tertuduh bertindak agresif dan terus mengeluarkan kata-kata kesat, selain dia ditanya berkenaan punca dia berkelakuan sedemikian.

Bagaimanapun, dia tetap memaki hamun anggota polis berkenaan serta seorang lagi anggota cuba menangkapnya. Berlaku bergelutan ketika tangkapan terbabit dilakukan, hingga tertuduh mengalami luka di bahagian bahu kirinya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menyatakan, tertuduh yang tidak bekerja ini mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dengan judi dan dadah.

Katanya, daripada siasatan yang dilakukan suspek berkelaluan berkenaan kerana tertekan akibat tiada pekerjaan dan juga wang.

Sementara itu, daripada rekod perubatan pula, tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod rawatan di hospital. - Sinar Harian

bising, tidak senonoh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain