suria

Polis Kesan Namewee Susulan Klip Video 'I Like Dog'

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan penyanyi rap Namewee susulan klip videonya bertajuk ‘Like A Dog' yang menggores  perasaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dipercayai berada di luar negara ketika ini.

"Kita masih kesan beliau (Namawee)… dipercayai berada di luar negara. Siasatan sedang dijalankan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya ketika dihubungi Isnin.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis telah membuka kertas siasatan terhadap penyanyi rap Namewee berhubung klip videonya itu.

Mohamad Fuzi berkata kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Minggu lepas, Namewee memuat naik klip video terbaharunya bersempena  Tahun Baharu Cina bertajuk ‘Like A Dog’ yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.- Bernama


Namewee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain