suria

Peguam Negara Lulus Inkues Berhubung Kes Vasantha Piriya

NIBONG TEBAL: Peguam Negara telah memberikan persetujuannya untuk inkues ke atas kematian Vasantha Piriya.

Remaja berusia 14 tahun itu cuba membunuh diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata mereka telah menyelesaikan siasatan ke dalam kes tetapi tarikh permulaan untuk inkues itu belum diumumkan.

Beliau berkata kelulusan itu diperoleh pada hari Isnin (19 Feb) tetapi enggan mengulas lanjut.

"Semakin cepat kita mendapatkan tarikh, lebih cepat kita akan umunkannya," jelasnya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah pada Khamis.

Pada 24 Januari lalu, seorang guru didakwa menuduh Vasantha Piriya kerana mencuri telefon bimbitnya di sekolah sebelum menghantar pelajar itu pulang.

Sebaik sahaja tiba di rumah, ayahnya, R. Muniandy, 54, bertemu dengan guru untuk membincangkan perkara itu.

Selepas itu, bapanya memanggil Vasantha Piriya di biliknya, namun tidak berjawab.

Muniandy kemudian memecahkan pintu bilik anaknya itu dan menemui dia tidak sedarkan diri.

Pelajar SMK Methodist itu dibawa ke Hospital Sungai Bakap  sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya dan meninggal dunia pada 1 Februari selepas koma tujuh hari.

Piriya turut meninggalkan nota mengatakan dia tidak bersalah.

Vasantha Piriya

Artikel Sebelum

Artikel Lain