suria

Kerana RM1,100, Wanita Dikurung 12 Jam

SUBANG JAYA: Hanya kerana lewat sebulan membayar sewa rumah,  seorang wanita dikurung lebih 12 jam di kediaman tersebut di Pandora Residensi, Tropicana Metropark, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang Sabtu,  wanita berusia 26 tahun itu tidak dapat keluar rumah selepas jeriji kediaman diduduki dikunci dari luar.

Menurutnya, pemilik rumah bertindak demikian kerana berang wanita itu gagal membayar sewa sebulan berjumlah RM1,100.

"Wanita itu kemudiannya menghubungi keluarga untuk mendapatkan bantuan kira-kira pukul 8 pagi semalam.

"Selepas laporan polis dibuat,  pemilik rumah kemudiannya membuka semula jeriji yang dikunci pada pukul 11.30 pagi, "katanya menerusi aplikasi WhatsApp, Ahad.

Mohammad Azlin berkata,  pemeriksaan mendapati mangsa berada dalam keadaan baik.

"Siasatan awal dapati rumah  tersebut dikunci oleh seorang ejen hartanah berusia 29 tahun atas arahan pemilik rumah berusia 44 tahun.

"Katanya kes disiasat mengikut  Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana kurungan salah , "katanya.-SinarHarian
Pandora Residensi, Azlin Sadari

Artikel Berikut

"Saya Mak Andam Bidan Terjun Je"

Artikel Lain