KONTROVERSI isu pelancaran tudung milik pelakon dan pengacara Neelofa di sebuah kelab malam minggu lalu masih belum reda. Kali ini seorang wanita yang dipercayai berasal dari Melaka menzahirkan rasa kecewa dengan membakar beberapa helai koleksi jenama tudung Naelofar Hijab miliknya. Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, wanita berkenaan menyatakan sebab utama perlakuannya itu.