KLIP video yang menunjukkan seorang anggota wanita Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) menampar dua lelaki dipercayai warga India tular di media sosial. Kedengaran anggota tanpa uniform itu memberi amaran kepada dua mangsa supaya tidak mendatangkan masalah. Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh mengesahkan bahawa wanita itu adalah pegawai PVR.