suria

Kalau Ikut Kutukan Netizen, Saya 'Dah Meninggal' - Jamal

Jamal Md Yunos.

SHAH ALAM: “Kalau ikut kutukan dan cercaan netizen terhadap saya, bukan setakat cedera, mungkin saya dah meninggal.

Demikian kata, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Setiap hari ada saja kata-kata tidak baik, boleh ddibaratkan saya datang hari ini dengan berbalut, tampal plaster akibat cercaan netizen.

“Kecederaan saya di media sosial mungkin dah meninggal,” bidasnya.

Namun Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu bertegas beliau tidak terkesan dengan pelbagai gelaran yang berikan kepadanya sedikit pun tidak menjejaskan aktivitinya sebagai kaki demonstrasi.

“Gelaran Jamal Pak Tongkol, tuala dan sebagainya tidak mematahkan semangat saya.

“Tapi dengan gelaran-gelaran itu juga yang mempopularkan saya,” kata Jamal. - Sinar Online

Jamal Md Yunos

Artikel Lain