GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan membuat satu pengumuman penting pada majlis sambutan 10 tahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang, Ahad. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pengumuman itu hanya berkisarkan tentang politik di Pulau Pinang. “Pihak kerajaan negeri akan menganjurkan sambutan 10 tahun kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang pada 11 Mac (hari ini) di Padang Kota Lama. “Tentunya pengumuman penting akan dibuat kerajaan negeri pada malam tersebut (ini). Saya ingin buat satu pengumuman malam itu,” katanya. Menurutnya, program itu dijadualkan bermula pada pukul 7 malam hingga 11 malam. Antara pimpinan Pakatan Harapan yang dijadualkan hadir ialah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan pemimpin kerajaan Pulau Pinang. “Orang ramai dijemput hadir dan kemasukan adalah percuma,” katanya. - Sinar Online