suria

Cadangan Cukai Google, Facebook Akan Dibawa Ke Kabinet - TPM

PUTRAJAYA: Cadangan untuk mengenakan cukai iklan Google dan Facebook akan diserahkan kepada Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya akan membawa perkara ini kepada Kabinet untuk perbincangan esok (14 Mac)," katanya pada Selasa.

Beliau berkata cukai yang dicadangkan ini dibangkitkan pada sesi dialog Majlis Makan Tengah Hari Timbalan Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan pada Selasa.

Cadangan tersebut diajukan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai, yang menegaskan bahawa Vietnam mengenakan cukai ke atas iklan yang diposkan di Facebook dan Google.

Dr Ahmad Zahid berkata media dan kerajaan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang dihadapi media cetak dan elektronik berikutan media alternatif.

Beliau juga menimbulkan isu pengawalan diri dalam industri media, dengan mengatakan salah satu cara ialah penubuhan majlis atau melantik penasihat awam.

Tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu surat peringatan tegas, dua amaran, 14 peringatan, 44 nasihat dan empat surat tunjuk sebab bagi pelanggaran di bawah Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984.

Artikel Lain