suria

Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Selepas Tertinggal Dalam Kereta

PORT DICKSON: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati selepas ditinggalkan di dalam kereta tanpa disedari oleh ibunya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal polis mendapati ibu kanak-kanak tersebut berusia 32 tahun telah meninggalkan anaknya di dalam kereta miliknya jenis Proton Saga di kawasan parkir hadapan Kolej Vokasional Port Dickson.

Menurutnya, sekitar jam 1 petang barulah ibunya menyedari kejadian tersebut iaitu selepas empat jam anaknya ditinggalkan di dalam kereta.

“Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson oleh ibunya,” katanya.

Zainudin berkata, doktor bagaimanapun mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Port Dickson petang Rabu. - Sinar Harian

Tertinggal, Dalam kereta, mati

Artikel Lain