suria

Bayi Maut: Ibu Bapa, Pengasuh Ditahan

LUMUT: Polis menahan empat  suspek termasuk ibu kandung dan bapa tiri seorang bayi perempuan yang maut awal pagi Sabtu dipercayai akibat didera bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata selain pasangan terbabit, pihaknya turut menahan pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi tersebut.

"Kita menahan kesemua suspek yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, Sabtu.

Muhammad Hanif berkata kesemua suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bayi perempuan berumur enam bulan itu meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi tadi selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera.-Bernama

Bayi, Maut, Dera

Artikel Lain