suria

Kembara Bajet Mudahkan Lebih Ramai Pesalah Seks Kanak-Kanak Bergerak, Kata Pakar

KUALA LUMPUR: Peningkatan perjalanan bajet membolehkan pesalah seks kanak-kanak bergerak lebih mudah.

Walaupun pelancongan semakin berkembang, didorong oleh penerbangan tambang lebih rendah, penginapan pada harga berpatutan dan akses yang mudah, namun perlindungan terhadap kanak-kanak masih ketinggalan.

Pandangan itu diusulkan menerusi maklumat yang dikumpulkan untuk Kajian Global mengenai Eksplotasi Seksual Kanak-Kanak dalam Pengembaraan dan Pelancongan, yang dilancarkan oleh Ecpat International di sini pada Selasa.

Ecpat merupakan rangkaian global kumpulan masyarakat sivil yang berperanan untuk membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak.

Destinasi-destinasi yang terjejas oleh pesalah seks yang mengembara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina, terus berjuang untuk membanteras jenayah kejam itu.

Sementara itu, industri seks di destinasi pelancongan yang kini muncul seperti Kemboja, Laos dan Vietnam terus berkembang.

"Filipina adalah kebimbangan khusus tetapi kajian kami menunjukkan bahawa Malaysia tidak kebal (untuk eksploitasi seksual kanak-kanak oleh pelancong)," kata Pengarah Eksekutif ECPAT, Dorothy Rozga pada pelancarannya.

"Sebagai contoh, Malaysia mempunyai bilangan alamat IP tertinggi untuk memuat naik dan memuat turun bahan penderaan seks kanak-kanak di Asia Tenggara, dengan hampir 20,000 alamat IP yang dicatatkan pada 2015," katanya.

Pada 2015, Malaysia berada di kedudukan sebagai negara keempat yang paling kerap dilawati di Asia dan rantau Pasifik dengan 25.7 juta ketibaan.

Dengan peningkatan perjalanan, terdapat kebimbangan mengenai peningkatan pesalah seks kanak-kanak yang masuk dan keluar negara.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut sukar untuk mendapat angka yang tepat mengenai bilangan mangsa dan pesalah. 

Perkara itu disebabkan sifat kejahatan jenayah, di mana penjenayah menggunakan teknologi canggih dan masyarakat secara rahsia, serta mangsa takut untuk membuat laporan.

Modus operandi mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual semasa perjalanan dan pelancongan boleh terdiri dari mereka yang melakukannya dengan tujuan khusus mendera kanak-kanak secara seksual, sehingga mereka yang terlibat dalam jenayah apabila peluang timbul semasa perjalanan mereka.

seksual, pesalah seks

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain