suria

Selepas 35 Tahun 'Lari' Sekatan Jalan Raya Akhirnya...

Ching Lai menunjukkan lesen yang diperoleh selepas tiga bulan menyertai Program SKSJ Parlimen Ketereh.

KOTA BHARU: Selepas 35 tahun terpaksa 'lari' dari sekatan jalan raya, seorang warga emas akhirnya menarik nafas lega selepas memdapat lesen dan tidak perlu lagi bertindak sedemikian.

Kang Ching Lai, 67, berkata, dia pernah memiliki lesen pada tahun 1975, namun lesennya tamat tempoh dan dia  menunggang motosikal dalam keadaan tidak berlesen berpuluh tahun selepas itu.

"Saya pernah cuba sekali nak sambung lesen, tetapi kena ambil ujian semula.

"Masa itu, saya duduki ujian, namun tidak lulus pula menyebabkan saya  tidak lagi sambung lepas itu," katanya selepas menerima Lesen Percubaan (P) Program Satu Komuniti Satu Jpj (SKSJ), di Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini, Sabtu.

Ching Lai berkata, dia tinggal di Kampung Kemubu dan berulang alik ke tempat kerjanya sebagai tukang rumah di Pulai Condong, Machang.

"Saya pergi kerja dengan menunggang motosikal, jadi sebab tidak ada lesen saya sangat berhati-hati, takut kena tahan pihak berkuasa.

"Mata mesti tajam, dari jauh kalau nampak sekatan jalan raya, saya patah balik dan cari jalan lain. Sekarang, dah tak perlu kerana saya sudah ada lesen," katanya tersenyum. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain