suria

Dewan Rakyat ditangguh selepas 20 hari bersidang

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan kira-kira jam 1 tengah hari Khamis, selepas meluluskan usul dari Kementerian Kewangan.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, dalam ucapan penutupnya, mengucapkan terima kasih kepada penggubal undang-undang untuk kerjasama yang telah diberikan oleh mereka.

Dewan Rakyat bersidang selama 20 hari, bermula 5 Mac dan bersidang buat kali terakhir pada Khamis, sebelum Pilihan Raya Umum.

"Saya harap dapat melihat anda lagi dalam sesi Parlimen yang akan datang. Saya bersedia untuk menghadapi kekecewaan, jika saya bukan calon....Siapa tahu, yang akan menang datangnya dari sebelah kiri (pembangkang)," kata Pandikar Amin.

Pemimpin dari kerajaan dan pembangkang kemudian memberi ucapan ringkas.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada speaker dan seluruh pentadbiran Parlimen kerana melaksanakan tugas mereka dengan baik.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pembangkang walaupun kami akan bertemu di medan perang tidak lama lagi.

"Walaupun kami berbeza di dalam Dewan, kami berharap di luar kami akan terus berkawan," katanya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berterima kasih kepada semua pihak atas sokongan mereka.

Beliau juga berkata sebagai penggubal undang-undang, mereka berjanji untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

Semua penggubal undang-undang kemudiannya dijemput untuk mengambil gambar rasmi dengan speaker.

Dewan Rakyat, PRU14, Pandikar Amin

Artikel Lain