JOHOR BAHRU: Pesanan yang tular di aplikasi WhatsApp mendakwa bahawa terdapat dua banduan melarikan diri dari penjara di sini adalah palsu, kata polis. Pesanan itu mendakwa polis telah menjalankan sekatan jalan untuk menjejaki dua banduan lelaki yang melarikan diri di kawasan Tiram. Ia turut menasihatkan agar orang ramai untuk mengunci pintu dan kekal di rumah sementara polis sedang memburu kedua-dua banduan itu. Ketua Polis Seri Alam Supritendan Jokhiri Abd Aziz mengesahkan pada Isnin bahawa pesanan yang tular itu adalah palsu dan menasihatkan agar orang awam supaya berhenti berkongsi pesanan tersebut. "Tidak ada kejadian seperti yang didakwa dalam mesej itu. Saya ingin mendesak orang ramai untuk sentiasa mendapatkan pengesahan daripada sumber yang betul sebelum berkongsi sebarang berita," katanya.