suria

Tauke gim tanding PRU, kalau menang percuma...

(Dari kiri) Dr Mohd Nasir, Zack dan Sivarajan.

PETALING JAYA: Aktivis, Zainurizzaman Moharam atau lebih dikenali sebagai Zack, akan bertanding di bawah tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pemilik gim Zack Rockstar Gym berusia 38 tahun itu menetap di Kampung Melayu Subang.

Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim Nasir dan setiausaha agungnya, A. Sivarajan membuat pengumuman itu pada sidang media, Jumaat.

"Saya mewakili suara baru generasi baru, terutamanya golongan belia. Saya biasa dengan kawasan ini kerana saya membesar di sini dan sentiasa berada di sini.

"Strategi saya adalah bertemu rakan-rakan, tanpa mengira fahaman politik mereka, bagi mendapatkan mereka untuk mengundi saya.

"Saya juga akan pergi ke pasar-pasar untuk mengedarkan risalah bagi memperkenalkan diri saya dan PSM, dan membuat kempen melalui media sosial," kata Zack yang merupakan bapa kepada dua orang ini.

Jika dipilih, Zack berkata, dia akan memastikan masalah jalan berlubang di kawasan yang ditandinginya akan diselesaikan dalam tempoh 24 jam. 

Dia turut mahu menawarkan program kesihatan percuma dan peluang pekerjaan kepada belia tempatan di Sungai Buloh.

Malahan, dia juga menawarkan keahlian percuma di Zack Rockstar Gym sekiranya menang pada PRU14.

PSM, Zack Rockstar

Artikel Berikut

Artikel Lain