suria

Kampung Baru kekal hak Melayu selagi ada bulan, bintang

KUALA LUMPUR: Tanah Kampung Baru akan terus kekal menjadi hak orang Melayu selagi ada bulan dan bintang, seperti mana tertakluk sejak awal penganugerahan tanah oleh Sultan Selangor, 118 tahun lalu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi jaminan, hak tanah orang Melayu di segi tiga emas ibu negara itu tidak akan terjejas dari tangan pemilik dan pewaris meskipun proses pembangunan semula kawasan itu akan mengambil masa panjang.

Menurutnya, tindakan pihak pembangkang yang cuba menjadi hero dengan mencanangkan kegagalan kerajaan membangunkan Kampung Baru juga dilihat sengaja dibuat sebagai modal isu PRU14.

“Kampung Baru bukan setinggan. Kalau setinggan, mudah untuk kita bangunkan. Pembangkang tak faham atau sengaja buat-buat tak faham. Datang lima tahun sekali, cuba nak jadi hero.

“Pembangunan Kampung Baru tak boleh ikut kata pembangkang. Tapi dibangunkan ikut masa kita (pemilik dan pewaris). Tak perlu tergesa-gesa.

“Status tanah juga tidak boleh ditukar. Ini bukan tanah pajakan yang lepas 99 tahun kita boleh untuk perlu perbaharui. Jadilah tanah setinggan. Tapi ini tanah lot yang ada pemilik dan pewaris,” katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Projek Baiti Jannati TNB Peringkat Wilayah Persekutuan, Jumaat.

Johari menambah, pembangunan Kampung Baru sukar dibuat dalam konteks pembangunan moden atas faktor saiz tanah yang kecil melainkan wujud persetujuan untuk gabungan tanah oleh pemilik-pemilik dan pewaris-pewaris terlibat.

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement ( M.A.S) pula bantu sebagai perantara pastikan pemilik dan pewaris tanah tidak ditipu pemaju.

“Jika tidak boleh bangunkan, kita lihat setiap lot agar dapat dibangunkan rumah supaya tak nampak macam setinggan.

“Kalau rumah dah terlalu daif, sehingga boleh membahayakan. Bimbang berlaku litar pintas dan sebagainya, kena baik pulih...dan ini saya telah laksanakan untuk beberapa buah kediaman di Kampung Baru,” katanya. - Sinar Online

Kampung Baru

Artikel Sebelum

Video treler terbabas tular

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia