suria

Kementerian siasat video pelajar rela dibelasah simbolik hadiah hari jadi

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat video memaparkan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di sini yang seolah-olah merelakan dirinya dibelasah sebagai simbolik meraikan sambutan hari jadinya, yang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk P.Kamalanathan berkata kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku walau apapun alasannya sebab boleh mencetuskan kejadian tidak diingini termasuk kejadian buli serius.

“Saya dimaklumkan kementerian sedang menyiasat kes buli ini dan setelah mendapat laporan penuh, saya akan mengemukakannya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival ‘Stand Together’ pada Ahad.

Kamalanathan mengulas video berdurasi 29 saat yang menunjukkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan mereka menggunakan sebatang penyapu.

Dalam video itu, kumpulan lelaki terbabit turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada pelajar berkenaan sebelum dipukul.

Cara sambutan itu dikatakan menjadi amalan tradisi segelintir pelajar sekolah berkenaan bagi meraikan hari jadi rakan mereka.

Kamalanathan berkata, kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli. -Bernama

KPM, siasat, sambut hari lahir

Artikel Sebelum

Tun M bertanding di Langkawi

Artikel Lain