suria

SPRM: Pegawai kanan terima ugutan dua peluru hidup

Azam Baki

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius perbuatan individu yang cuba mengugut seorang pegawai kanan agensi itu dengan meletakkan peluru hidup serta satu nota amaran berbaur ugutan di dalam peti surat rumahnya pada Ahad.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

“SPRM percaya perbuatan itu adalah berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM sejak kebelakangan ini.

“Ingin ditegaskan, warga SPRM tidak akan sama sekali tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa gentar,”katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis untuk menyiasat kes tersebut serta mengenal pasti individu yang berbuat demikian supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut lunas undang-undang.-Bernama

SPRm, peluru hidup

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain