suria

Bertarung nyawa selamatkan wanita terjun jambatan

GEORGETOWN: Tindakan pantas seorang polis bantuan berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 28 tahun yang nekad terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Jurucakap bomba berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.13 pagi Rabu memaklumkan mengenai insiden itu yang berlaku di KM9.9 Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

"Anggota bomba dari Sungai Bakap dan Bayan Baru dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya.

Operasi menyelamat itu turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Polis Marin.

Rakaman video usaha menyelamat wanita tersebut turut tular di media sosial.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain