suria

Imam Palestin maut ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah di sebuah univesiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati dekat sebuah kondominium di Setapak, pagi Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ketika kejadian mangsa yang juga warga Arab dilaporkan dalam perjalanan ke sebuah surau berhampiran untuk menunaikan solat Subuh.

Namun, dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, dua suspek menaiki motosikal bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa.

"Dia sedang berjalan dekat Kondominium Idaman Puteri apabila dua lelaki melepaskan kira-kira 10 das tembakan ke arah mangsa.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

"Polis turut menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian," katanya.

Mazlan berkata mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium itu.

pensyarah, maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Maut disimbah cuka getah

Artikel Lain