suria

Teruk dikecam, ini penjelasan gadis 'enggan teran anak di hospital kerajaan'!

Tweet @qweenmir tular di media sosial.

PETALING JAYA: Gara-gara dikecam netizen susulan posting 'angan-angannya' untuk bersalin di sebuah hospital swasta mahal baru-baru ini, gadis yang menggunakan akaun Twitter @qweenmir memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.

Menurut gadis tersebut, posting berbaur 'amaran' kepada bakal suaminya itu hanyalah sekadar gurauan.

"Kalau tak boleh terima gurauan baik main Facebook je," tulisnya.

Namun, bagaikan sudah terlambat apabila netizen menganggap gadis itu memandang remeh perbuatannya dan tidak berfikir sebelum bertindak.

@myrajane berkata:"Anda tidak boleh kata sesiapa sahaja mempunyai fikiran sama seperti anda kerana anda menyebabkan orang ramai berfikir dari perspektif yang berbeza."

Sebelum ini, gadis tersebut diserang netizen selepas posting yang mengingatkan bakal suaminya bahawa dia mahu bersalin di sebuah hospital swasta mewah, tular di media sosial.

Lebih memburukkan lagi keadaan, dia turut mengugut enggan melahirkan anak jika dihantar bakal suaminya itu bersalin di hospital kerajaan.

"Jaga-jaga bakal suami, i nak beranak kat Prince Court tau. Kalau you bawak i pegi hospital kerajaan, i tak nak teran anak kita," tulisnya.

Susulan itu, gadis tersebut mendedahkan dia menerima banyak komen balas bersifat kecaman di postingnya.

Twitter milik gadis tersebut turut dihujani komen balas bersifat kecaman netizen.

"Saya tidur selama dua jam, selepas saya bangun saya lihat banyak komen balas kecaman di tweet saya," tulisnya.

Malah, gadis tersebut dilihat seolah-olah mempertahankan kenyataannya itu dengan berkata dia memilih hospital swasta kerana mahukan perkhidmatan terbaik dan keselesaan semasa bersalin.

"Apa yang saya maksudkan adalah saya ingin bersalin di sebuah hospital swasta untuk keselesaan semasa bersalin. Saya boleh menggunakan wang saya sendiri atau suami atau ibu bapa saya. Ia bukan urusan anda," tulisnya.

Posting gadis itu turut mendapat perhatian Mohd Hilmi Ahmad Adnan yang turut berkesempatan berkongsi cerita mengenai pengalamannya melayan kerenah sepasang suami isteri semasa bertugas di sebuah hospital swasta pada 2016.

Menurutnya, suami wanita tersebut tidak mampu membiayai kos rawatan isterinya tetapi tetap mahu isterinya itu bersalin di hospital tersebut meskipun diberi pilihan untuk ke hospital kerajaan.

"Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat ***** untuk LSCS. Masa isteri dia bagi IC kat aku, suami dia cakap “haaaa ni yang awak nak kan? Nak beranak kat hospital ni”.

"Aku pun tanyalah apa maksud suami dia cakap macam tu. Dia kata dia ada lalu kat depan *** masa *** belum buka lagi. Masa tu isteri dia kata kalau nak anak, suami dia kena bawa dia beranak kat ****," tulisnya.

Mohd Hilmi turut terkena tempias dan dikecam gara-gara posting tersebut.

Namun lelaki itu tampil menjelaskan bahawa dia sekadar ingin mengingatkan pasangan suami isteri supaya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing.

"Aku bukan anti hospital swastalah. Hakikatnya, akak dan adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tengoklah pada bajet anda," tulisnya.

hospital swasta, viral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain