suria

Video rompakan, tiga suspek ditahan

PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan pagi Selasa berkaitan dua video rompakan yang tular di media sosial.

Video tersebut menyaksikan suspek merompak mangsa di hadapan rumah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata insiden berlaku di Taman Berkeley dan Taman Bukit Kuda, Klang hujung minggu lalu.

"Kami menahan tiga lelaki termasuk dua yang dilihat di dalam video tersebut.

"Individu ketiga adalah pemilik motosikal yang digunakan kedua-dua suspek," katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, suspek juga bertanggungjawab melakukan rompakan lain di Klang Selatan pada malam video tersebut dirakam.

"Kami juga percaya mereka turut merompak sebuah rumah di Klang Selatan pada Ahad lalu," katanya sambil menambah semua suspek akan direman.

rompakan, Klang Selatan

Artikel Lain