suria

Wanita OKU ditemui kurus kering, bergelumang najis

Keadaan mangsa ketika ditemui polis yang memecah masuk untuk menyelamatkannya.

KOTA BHARU: Seorang wanita OKU ditemui dalam keadaan kurus kering dan bergelumang najis di ruang dapur sebuah rumah di Taman Sri Setia, Kampung Panchor, Padang Tembak Pengkalan Chepa, di sini, Isnin.

Mangsa berusia 44 tahun yang terkurung itu, ditemui jiran yang kebetulan lalu di lorong belakang deretan rumah teres setingkat itu pada pukul 9 malam.

Jiran berusia 48 tahun terbabit berkata, ketika melalui rumah mangsa, langsir tingkap terbuka secara tidak sengaja dan dia ternampak wanita itu terbaring di lantai.

“Baunya sangat busuk dan pada mulanya saya sangkakan dia meninggal dunia, tetapi apabila dipanggil dia mengeluarkan bunyi seperti mengerang kesakitan.

“Saya kemudian panggil jiran lain dan sepakat hubungi polis” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Wanita tersebut dibawa ke HRPZ II dengan menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tinjauan Sinar Harian mendapati mangsa berada dalam timbunan sampah bekas makanan dan tin minuman, selain lantai tempat dia terbaring dipenuhi najis serta berbau busuk.

Pihak polis yang tiba di lokasi bertindak memecahkan pintu dapur bagi menyelamatkan mangsa.

Sejam kemudian, seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai adik mangsa, pulang ke rumah.

Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulans dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut, manakala adik mangsa ditahan polis untuk siasatan lanjut.

wanita OKU

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan