suria

Digelar 'syaitan' kerana obses mahu putih melepak

Paparan skrin Instastory gadis ini dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang netizen sehingga dikecam ramai.

PETALING JAYA: Gara-gara terlalu obses untuk tampil dengan tona kulit yang lebih cerah dan putih, seorang gadis dicerca netizen hingga digelar 'syaitan'.

Segalanya bermula apabila gadis berkenaan, Wan Nur Siti Aisya Wan Hasan, 22, berkongsi mengenai hasratnya itu di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

"Tengah cabar diri putih satu kali ganda dari tona kulit sekarang untuk raya," tulis Aisya yang lebih dikenali sebagai Sha Hasan dalam kalangan pengikutnya.

Paparan skrin posting berkenaan kemudiannya dimuat naik ke laman Twitter sebelum diulang kicau lebih 11,000 kali.

Tweet berkenaan menyelar gadis itu yang seolah-olah obses untuk putih sedangkan dia sememangnya memiliki kulit yang mulus dan cerah.

"Ko nak skin tone putih macam mana lagi s*tan," tulis @shsalmah.

Rata-rata netizen yang membalas tweet itu turut mengecam wanita berkenaan.

"Ini orang panggil putih mayat. Orang barat kalu boleh nak elak tapi perempuan Melayu tergila-gilakan kulit macam tu," tulis @amrimohdzain.

"Dia dah putih macam snow white dah nak putih apa lagi? Dia patut bersyukur," tulis @amiranblah.

Aisya, ketika dihubungi mStar Online pada Rabu menjelaskan dia terkejut dan sedih apabila ada individu yang tergamak melemparkan pelbagai cacian terhadapnya.

"Sebenarnya tujuan saya post tu sebab nak ajak pengikut di Instagram untuk menyertai cabaran putih dalam masa 30 hari sebelum sambutan Aidilfitri nanti.

"Dalam hidup ni, kita sentiasa nak 'upgrade.' Yang kaya nak makin kaya, yang putih, nak kulit lagi cerah, mulus dan sihat. Bukannya saya tak bersyukur.

"Bagi saya benda tu tak salah, saya tak susahkan sesiapa pun. Bukannya saya ada minta netizen 'payung' supplement ke apa, kenapa perlu pertikaikan," ujarnya lagi.

Peniaga produk kecantikan di Kelantan itu turut memohon agar mereka yang banyak mengecamnya supaya lebih mengutamakan kehidupan masin-masing.

Katanya, lebih elok jika semua orang fokus untuk memperbaiki diri sendiri daripada mengambil tahu hal orang lain.

Dia yang dimaklumkan mengenai tweet kecaman berkenaan oleh pengikutnya mengakui agak marah namun tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan.

"Memang agak marah, tapi saya tak buat apa-apa. Saya pun sengaja tak buka Twitter, tak nak sakitkan hati".

Sha Hasan

Artikel Sebelum

Artikel Lain