suria

Shafie pertahan Semporna, cuba nasib di Senalang

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan mempertahankan kerusi parlimen Semporna pada pilihan raya umum 9 Mei ini.

Beliau yang mengumumkan senarai calon pilihan raya Warisan di sini, Jumaat juga memaklumkan akan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senalang.

Ahli parlimen Semporna selama lima penggal itu akan berdepan seputunya yang juga penyandang kerusi Senalang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

Shafie perlu bertanding di kerusi DUN jika mahu dilantik sebagai ketua menteri jika  gabungan pakatan pembangkang yang dipimpin oleh Warisan merampas atau mengambil alih kerajaan negeri daripada BN.

Selain pertembungan itu, seorang lagi sepupu Shafie, Datuk Abdul Razak Sakaran juga dinamakan oleh BN sebagai calon di kerusi DUN Bugaya. Kedua-dua Senalang dan Bugaya, adalah kerusi DUN di bawah Parlimen Semporna.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu, Shafie mengekalkan kerusi Semporna dengan undi majoriti 20,905. Ketika itu beliau adalah naib presiden Umno dan menteri persekutuan.

Pada pilihan raya kali ini, Shafie dijangka berdepan dengan Datuk Ramlee Marahaban di Semporna. Ramlee adalah penyandang kerusi DUN Bugaya.

Susulan Shafie meninggalkan Umno, Ramlee menjadi pengkritiknya yang paling lantang. Antara lain, beliau mendakwa bahawa Shafie tidak banyak melakukan untuk Semporna.


Shafie, Senalang

Artikel Sebelum

Dira bangkit jawab Wardina

Artikel Berikut

Artikel Lain