suria

Bandar Tun Razak 'menangis', nyaris tak dapat bertanding

KUALA LUMPUR: Tangisan menyelubungi hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

Calon Barisan Nasional, Adnan Seman tidak dapat mengawal perasaannya semasa memeluk ibunya berusia 67 tahun di luar pusat penamaan calon di Jalan Yaacob Latif sebaik sahaja proses pencalonannya selesai.

Ia kemudian disusuli dengan tangisan isterinya, Sharida Abd Rahaman, 42, dan ibu mertua, Habibah Mohd Amin, 72.

"Dia memberi yang terbaik dan saya berharap dia akan menang, saya berharap dia berjaya!" kata Sharida, sambil menambah bahawa mereka mempunyai enam anak berumur antara setahun dan 16 tahun.

Pencalonan Adnan nyaris ditolak kerana lupa membawa watikah perlantikannya.

Beliau bagaimanapun berjaya memfailkan pencalonannya pada pukul 9.40 pagi apabila watikah itu sempat dihantar ke pusat penamaan calon.

Adnan, yang merupakan seorang peguam, menghadapi pertandingan tiga penjuru melawan calon Pakatan Harapan, Datuk Kamaruddin Jaafar, 66, dari PKR dan Dr Rosni Adam, 48, dari PAS.

Adnan Seman, Bandar Tun Razak

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan