suria

Nak bertanding, tapi Yee Kew terlupa bawa MyKad

Gambar dari BFM News.

KUALA LUMPUR: Permohonan calon PKR di Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew untuk bertanding nyaris tidak berjaya selepas beliau terlupa untuk membawa MyKad di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaaan Wangsa Melawati di sini.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan kemasukannya ke pusat tersebut kerana beliau gagal mengemukakan kad pengenalannya.

Yee Kew kemudiannya duduk di sebuah kerusi di luar pusat penamaan tersebut ketika menunggu pembantunya mengambil MyKad miliknya.

Dipercayai, beliau tertinggal kad pengenalannya pada mesin fotostat di rumahnya di Subang Jaya.

Pegawai SPR berkata, Yee Kew dibenarkan masuk ke pusat tersebut hanya selepas beliau mengemukakan kad berkenaan untuk memproses pendaftarannya sebagai seorang calon sebelum pukul 10 pagi.

"Sama ada proses tersebut diluluskan atau tidak, pegawai SPR akan menentukannya," tambah pegawai berkenaan.

Yee Kew akhirnya dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon menggunakan salinan dan gambar kad pengenalan aslinya.

Calon Barisan Nasional, Datuk Seri Yew Teong Look dan calon PAS, Razali Tumirin telah mengajukan bantahan kepada SPR dan pegawai pengurus pilihan raya telah menerimanya.


Tan Yee Kew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain