suria

Mana ada pakai macam pergi pejabat - SPR

Gambar hiasan. - Bernama

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mesej tular  mengenai etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan pada Isnin, Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi daripada memasuki tempat mengundi asalkan ia tidak menyalahi Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Jelasnya akta tersebut memperuntukkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.   

“SPR menasihati orang ramai agar berhati-hati dan menapis maklumat yang tidak sahih berkaitan pilihan raya yang tersebar melalui media sosial.

“Orang ramai diminta merujuk terus kepada SPR bagi mendapatkan maklumat sahih dan tepat dengan menghubungi talian 03-88927018,” katanya. - Bernama

SPR, PRU14

Artikel Lain