KOTA BHARU: Anak bekas Mursyidul Am PAS, Nik Omar Nik Abdul Aziz, dinamakan sebagai calon Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 Rabu ini. Naib Presiden Amanah Husam Musa berkata Nik Omar yang juga calon PKR-Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka adalah ikon penting dalam parti itu. “Saya kira Nik Omar akan jadi ikon penting dalam kerajaan Kelantan dan memanglah (Nik Omar sebagai Menteri Besar) adalah hasrat kita,” katanya pada sidang berita di sini, Isnin. Justeru itu, Husam meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan calon Menteri Besar Kelantan jika PAS dapat mempertahankan pemerintahan di negeri ini. “Semua pihak tidak berani namakan siapa Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob (Menteri Besar Kelantan ketika ini) juga tidak berani kata dia MB (Menteri Besar selepas PRU14),” katanya. - BERNAMA