suria

Apandi enggan ulas bayangan Tun M tentang pemecatannya

PUTRAJAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali enggan mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi bayangan tentang pemecatannya.

"Adalah lebih baik saya tidak komen. Terima kasih," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Pada sidang media di Petaling Jaya pada Sabtu, perdana menteri  berkata Mohamed Apandi akan disiasat mengenai pembabitannya dengan kerajaan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Peguam Negara buat masa ini! - Tun M

Beliau berkata kerajaan akan menyiasat beberapa orang tertentu yang mungkin terlibat dalam salah  laku atau membuat keputusan yang salah semasa berada dalam kerajaan itu.

“Buat  masa  ini, kita tak ada peguam negara. Kira sedang menimbang beberapa nama tetapi kita perlu mengkaji kesesuaian calon-calon itu,” kata Dr Mahathir.

Terdahulu, Dr Mahathir dan beberapa pemimpin Pakatan Harapan mengadakan Mesyuarat Majlis Presiden bagi menamakan menteri-menteri yang akan menganggotai 10 kementerian yang diumumkan sebelum ini.

Apandi Ali