suria

Kon Yeow Ganti Guan Eng

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow diumumkan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kelima bagi menggantikan penyandangnya, Lim Guan Eng.

Guan Eng yang memegang jawatan tersebut selama dua penggal mengumumkan perkara itu pada sidang media di Komtar pada Ahad.

Setiausaha Agung DAP itu dilantik sebagai Menteri Kewangan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

"Saya berada di sini sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selama 10 tahun dan Chow akan menggantikan saya untuk menjadi Ketua Menteri kelima dalam sejarah Pulau Pinang.

"Saya akan sentiasa merindui Pulau Pinang kerana tanpa peluang yang diberikan rakyat negeri ini, saya percaya saya tidak ada peluang untuk menunjukkan prestasi," kata Guan Eng.

Jelas beliau, Kon Yeow akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Isnin.

Kon Yeow berkata beliau berterima kasih di atas kepimpinan Guan Eng selama 10 tahun.

Chow Kon Yeow, Pulau Pinang

Artikel Lain