suria

Apandi masuk pejabat seperti biasa

PETALING JAYA: Tan Sri Mohamed Apandi Ali lapor diri untuk memulakan tugas seperti biasa pada Isnin, hari kerja pertama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan susulan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Rabu lalu.

"Ya, saya. Saya berada di pejabat sekarang menjalankan tugas seperti biasa," kata Peguam Negara itu ketika ditanya sama ada beliau lapor diri di pejabatnya.

Ketika ditanya tentang komen yang dibuat oleh perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beberapa agensi kerajaan dan ketua jabatannya akan disiasat, Apandi enggan mengulas lanjut.

Dr Mahathir mendakwa peguam negara telah melemahkan kredibiliti sendiri dan memaklumkan bahawa beberapa penjawat awam akan disiasat mengenai peranan mereka dalam menggugurkan siasatan 1MDB.

Apandi berkata pada minggu lalu bahawa Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai sebarang hubungan politik dan akan terus memastikan kedaulatan undang-undang.

"Kami adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan semasa dan pada masa yang sama, kami adalah pendakwa raya bagi kesalahan jenayah yang ditentukan oleh undang-undang.

"Kami akan berusaha untuk menegakkan undang-undang pada setiap masa, tanpa mengira senario politik," kata Apandi pada Jumaat.

Apandi Ali, peguam negara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

KP SPRM letak jawatan

Artikel Lain