suria

Musa fail writ mohon isytihar beliau Ketua Menteri Sabah yang sah

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan  Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman pada Khamis memfailkan writ saman terhadap Tun Juhar Mahiruddin dan Datuk Seri Shafie Apdal memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa majlis mengangkat sumpah presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah adalah menyalahi perlembagaan.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa apa-apa dan semua tindakan oleh Shafie yang dikatakan sebagai Ketua Menteri adalah batal, tidak sah dan tidak terpakai.

Writ itu difailkan oleh Tetuan F.T. Ahmad  and  Co, yang mewakili Musa dan menamakan Tun Juhar dan Mohd Shafie, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua.

Di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah  2012, sebaik writ diserahkan, Juhar dan Shafie mempunyai tempoh 14 hari untuk memfailkan kehadiran.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei sementara Mohd Shafie mengangkat sumpah pada 12 Mei. - Bernama

Musa Aman

Artikel Lain