PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk tidak meneruskan hasrat menyandang portfolio menteri pelajaran bagi menghormati manifesto Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian menerusi video yang diterbitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dimuat naik ke laman Facebook:
"Itu adalah kedudukan manifesto dan saya tidak dapat melanggarnya buat masa ini... (kecuali) jika ada permintaan yang perlu saya ambil pelajaran.
"Manifesto PH telah menjanjikan bahawa Perdana Menteri tidak akan mengambil jawatan menteri lain, terutamanya menteri kewangan."
Terkini, Dr Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli-Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai menteri persekutuan yang baharu.
Upacara angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan pada Isnin ini, pukul 11.30 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.
BERIKUT ADALAH SENARAI KABINET 2018:
Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran: Dr Maszlee Malik
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin
Menteri Kewangan: Lim Guan Eng
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook
Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo
Menteri Tenaga Manusia: Kulasegaran V. Murugeson
Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub
Menteri Kesihatan: Dr. Dzulkefly Ahmad