suria

Rosmah minta hentikan kebocoran maklumat tentang barangan rampasan

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor meminta pihak berkuasa yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk berhenti membocorkan maklumat mengenai beg tangan, barangan kemas dan wang tunai yang didakwa dirampas ketika serbuan dijalankan.

Kebocoran maklumat tersebut telah mencetuskan kekecohan media yang membawa kepada penghinaan ke atas keluarganya sehingga menyebabkan kemarahan orang ramai, kata Rosmah melalui firma guaman Valen, Oh & Partners.

"Kami berharap pihak berkuasa akan menggunakan peraturan undang-undang dan proses yang sewajarnya bagi mengelakkan perbicaraan secara pramatang.

"Walaupun banyak dugaan mencabar yang berlaku ke atas kami, kami telah, dan akan terus memberi kerjasama dan bersedoa untuk sebarang permintaan," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa akan memgambil tindakan segera ke atas mereka yang membocorkan butiran mengenai barangan yang telah dirampas.

Antara barangan rampasan yang disita oleh pihak polis ketika melakukan serbuan di kediaman peribadi bekas perdana menteri itu.

"Bagaimanapun, kami ingin menarik perhatian tentang proses siasatan, di mana satu siri kebocoran maklumat yang berkaitan dengan siasatan itu telah tersebar ke laman sosial, pada waktu semasa (real time).

"Agensi penguatkuasaan tidak sepatutnya memberi bahan untuk persendaan di media sosial, tetapi mematuhi dan menegakkan profesionalisme yang ketat pada setiap masa," tambahnya.

Pasukan penyiasat persekutuan telah berusaha mencari harta yang dikaitkan dengan Rosmah dan Najib sejak Rabu lalu, termasuk di kediaman peribadi pasangan tersebut di Taman Duta dan dua unit kondominium mewah di Pavilion Residences di sini.

Kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana juga diserbu.

Rosmah Mansor, 1MDB

Artikel Lain