suria

Perang diskaun enam peratus bermula

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Para peniaga mula memberikan diskaun sebanyak enam peratus sebagai tindak balas kepada keputusan kerajaan untuk meletakkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun.

Langkah itu diambil sebagai strategi menaikkan jualan walaupun kadar sifar GST akan dilaksanakan dalam tempoh 10 hari lagi.

Terdapat sesetengah peniaga yang memberikan diskaun enam peratus, manakala yang lain hanya akan memberikan diskaun enam peratus tersebut sekiranya nilai pembelian minimum dipenuhi.

Peniaga barangan mewah, Valiram melancarkan kempen tersebut dengan memberikan diskaun enam peratus ke atas jenama barangan seperti Michael Kors, Bath & Body Works, Charles & Keith, Kate Spade New York dan Tumi.

Habib antara yang menawarkan diskaun enam peratus sehingga 31 Mei ini.

"Bermula 18 hingga 31 Mei, GST bermaksud Great Savings Today (penjimatan hebat hari ini) kerana kami menawarkan para pelanggan pengalaman membeli-belah kadar sifar GST lebih awal," katanya pada Sabtu.

Harvey Norman Malaysia dan rangkaian kedai perabot Courts Malaysia turut menawarkan diskaun sama.

Sementara itu, Mark & Spencer pula hanya akan memberikan diskaun tersebut sekiranya pelanggan membuat pembelian minimum bernilai RM150.

Habib Jewellers turut tidak ketinggalan memberikan penjimatan sebanyak enam peratus ke atas barangan perhiasan sehingga 31 Mei ini.

Manakala Famous Amos Malaysia memuat naik pada laman Facebook perlu menunggu sehingga 1 Jun untuk membeli produk di premis mereka pada kadar sifar GST.

GST, diskaun

Artikel Lain