suria

Najib tinggalkan Taman Duta, bertolak ke Pekan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan kediamannya di Taman Duta di sini untuk menghadiri beberapa majlis di Pekan, Pahang.

Bekas perdana menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan itu meninggalkan rumahnya dengang menaiki Toyota Vellfire putih pada pukul 9.20 pagi Ahad.

Konvoi itu termasuk tiga kereta lain tetapi penumpang di dalam kenderaan tersebut tidak diketahui. Mereka dikawal oleh pihak polis.

Terdahulu, kira-kira 50 anggota Puteri Umno melawat beliau di rumahnya.

Sebelum ini, media melaporkan pasukan penyiasat persekutuan melakukan penggeledahan di kediaman beliau sejak Rabu lalu untuk mencari harta yang dikaitkan dengan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara barangan rampasan yang diambil dari kediaman peribadi Najib. - Bernama

Pemeriksaan itu turut dilakukan di rumah peribadi pasangan itu di dua unit kondo mewah di Pavilion Residences di sini.

Kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya, dan Pejabat Perdana Menteri di Putra Perdana juga disita.

Barang-barang yang dirampas termasuk beberapa kotak yang mengandungi beg tangan mewah seperti Hermes, Chanel dan Gucci dan beg pakaian berisi pelbagai mata wang (tunai).

Pada Jumaat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan notis ke atas Najib untuk merekod percakapannya berhubung dengan siasatan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International.

SPRM telah memulakan siasatan terhadap SRC International pada 2015 berikutan dakwaan syarikat itu telah memindahkan jutaan ringgit ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib Razak

Artikel Lain