suria

Najib kembali ke Putrajaya, kali ini beri keterangan

PETALING JAYA: Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka kembali ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 9 Mei.

Tetapi, bukan untuk meraikan kemenangan dan juga bukan menuju ke pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra seperti mana yang biasa dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, beliau akan diiring ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 10 pagi, satu jam sebelum Pesuruhjaya SPRM yang baharu dilantik, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dijadualkan mengadakan sidang akhbar pertamanya di bangunan yang sama.

Agensi anti-rasuah itu menyerahkan notis kepada Najib pada Jumaat untuk mendapatkan kerjasama bekas perdana menteri membantu siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menjadi kontroversi.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai pegawai penyiasat terlibat atau berapa lama masa yang akan diambil, tetapi berdasarkan siasatan dan kes-kes terdahulu ia boleh memakan masa sehingga 10 jam atau lebih.

Beberapa individu berprofil tinggi, yang telah disoal siasat oleh SPRM pada masa lalu, telah ditangkap dan ditahan reman.

Sebagai contoh pada 15 Ogos 2017, bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad ditahan selepas disoal selama dua jam berhubung kontroversi pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation.

Dia kemudian ditahan reman selama lima hari.

Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan pada 11 Ogos lepas, selepas kurang dari dua jam disoal berhubung kilang pemprosesan penapis karbon haram di Bukit Mertajam.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditahan pada 19 Oktober lepas selepas kira-kira empat jam disoal siasat mengenai projek-projek yang dilaksanakan semasa beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah antara tahun 2009 dan 2015.

Dia telah ditahan reman selama empat hari.

Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem juga disoal siasat selama hampir 10 jam pada 29 September tahun lepas untuk membantu siasatan ke atas kehilangan dana yang diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah kementeriannya.

Seperti kebanyakan orang yang dipanggil oleh SPRM, Najib dijangka dibawa ke Bilik Temuduga Video (VIR).

Tiga salinan rakaman akan dibuat, yang mana ia akan disimpan oleh saksi, pegawai penyiasat dan selebihnya akan dikemukakan sebagai bukti di mahkamah. Ini untuk mengelakkan sebarang penyuntingan atau manipulasi video.

Difahamkan hanya pegawai penyiasat sahaja yang terlibat dalam soal siasat dan ia tidak membabitkan pegawai SPRM.

Pada pukul 11 ​​pagi, Mohd Shukri akan mengadakan sidang akhbar di mana dia telah menjanjikan 'cerita yang menarik'.

Walaupun beliau mungkin berminat bercakap mengenai kehidupannya selepas 'bersara' pada tahun 2016, media dijangka akan bertanyakan soalan-soalan panas berhubung 1MDB kepada Mohd Shukri, Najib dan sama ada dia akan bermalam di sana.

Mohd Shukri berkhidmat dengan SPRM selama 32 tahun sebelum bersara pada usia 56 tahun sebagai timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) pada masa yang sama apabila bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed 'meminta kontraknya ditamatkan dua tahun lebih awal'.

Pada Julai 2015, beliau berkata terdapat asas bagi SPRM untuk meneliti SRC International selepas melihat isu-isu mengenai pelaburan oleh syarikat tenaga itu.

Mohd Shukri berkata berdasarkan laporan media, SPRM mendapati terdapat unsur-unsur yang dibangkitkan berada dalam bidang kuasa suruhanjaya itu.

Beliau membuat komen itu berikutan laporan di Wall Street Journal dan Sarawak Report bahawa AS$ 700 juta (RM2.6bil) didakwa disalurkan ke akaun perdana menteri.

Najib Razak, SPRM, 1MDB

Artikel Sebelum

Gobind mula tugas baharu

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan