suria

Gaji menteri dipotong 10 peratus - PM

Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan gaji jemaah menteri dipotong sebanyak 10 peratus.

Ia keputusan hasil mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan yang diadakan di Perdana Putra di sini, Rabu.

Dr Mahathir berkata, pelaksanaan pemotongan gaji menteri itu berkuat kuasa serta-merta.

"Jemaah menteri bersetuju gaji menteri diturunkan 10 peratus.

"Ini menunjukkan kita prihatin kepada masalah kewangan negara. 

"Ini (potongan) berasaskan daripada gaji asas," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Dr Mahathir berkata, gaji jemaah menteri adalah lebih rendah berbanding gaji pegawai tinggi kerajaan.

"Kita tidak bercadang untuk menaikkan gaji menteri-menteri. Kita akan kurangkan sebanyak 10 peratus," katanya.

Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Harga minyak kekal - PM

Artikel Berikut

Artikel Lain