PETALING JAYA: Rangkaian beli-belah dari rumah, CJ Wow Shop tampil dengan tawaran produk baharu bagi melengkapkan Ramadan dan hari lebaran anda tahun ini. Menerusi siaran mereka di TV9, TV3, 8TV dan NTV7, bermula 11 Mei sehingga 24 Jun ini, lebih 70 produk baharu diperkenalkan kepada penonton. Ia merangkumi peralatan dapur, fesyen, kecantikan, kelengkapan rumah, hiasan dalaman dan sebagainya. Antara koleksi baharu yang menanti pembeli ialah Al-Mukarramah oleh Haqqi Muslim Wear, Ariani X Wow Muslimah Fashion dan Classe Raya Karpet. CJ Wow Shop menerusi 'Cuti Raya Wow' juga akan memberi ganjaran percutian sembilan hari tujuh malam ke Turki yang bernilai RM28,000 bagi setiap keluarga untuk dua pememang. Ganjaran ini terbuka kepada mereka yang membuat pembelian tertinggi di rangkaian beli belah berkenaan. Sementara itu, antara siaran langsung CJ Wow Shop yang akan disiarkan sempena Ramadan dan Aidilfitri ialah Minggu Masak-Masak pada 11 Mei hingga 13 Mei ini, Minggu Va-Va-Vaomm (14 Mei hingga 20 Mei) dan Minggu Rumah Tip Top (21 Mei hingga 27 Mei). Ia diikuti Minggu Jalan-Jalan (28 Mei hingga 3 Jun), Minggu Rembat Cepat (4 Jun hingga 10 Jun) dan Minggu Melaram Sakan (18 Jun hingga 24 Jun). Selain siaran televisyen, rangkaian beli belah inovatif itu juga boleh ditonton menerusi platform mudah alih dan atas talian. Pelanggan boleh membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang http://cjwowshop.com.my untuk membeli sebarang produk yang dipaparkan. Untuk lebih mudah, gunakan aplikasi mudah alih CJ Wow Shop yang boleh dimuat turun melalui Android dan iOS.