suria

"SPRM bebas periksa rumah saya" - Musa Aman

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas untuk melakukan pemeriksaan di kediamannya.

Peguam kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu, Zahir Shah menyampaikan mesej Musa dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Tan Sri Musa Aman berkata beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.

"Tan Sri Musa Aman berkata SPRM dialu-alukan untuk melakukan pemeriksaan di kediamannya," menerut kenyataan itu.

Musa kini dicari oleh SPRM untuk siasatan kes rasuah dan juga berhubung siasatan laporan polis Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin terhadap Musa yang dibuat pada minggu lalu.

Difahamkan, beberapa hari lalu, pegawai SPRM telah pergi ke dua kediaman milik Musa di Kota Kinabalu dan Sandakan untuk melakukan pemeriksaan tetapi usaha mereka gagal kerana rumah terbabit kosong pada waktu itu.

Terdahulu, The Star melaporkan sumber SPRM memberitahu, beberapa hari lalu pihaknya telah membuat permohonan supaya Musa dihalang meninggalkan Malaysia.

Sementara itu, polis Sabah sedang mencari Musa untuk merekodkan keterangannya berhubung dakwaan itu hanya mengatakan bahawa beliau tidak berada di Kota Kinabalu.

Tiada waran tangkap dikeluarkan buat Musa.

Musa Aman, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain