KOTA BHARU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Abdullah dilarang memasuki ke semua bangunan dan pejabat kerajaan Kelantan. Menurut surat arahan yang dikeluarkan pada 27 Mei, mereka dilarang memasuki Kompleks Pejabat Kerajaan di Kota Darulnaim dan semua pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Malah Husam dan Wan Abdul Rahim juga tidak dibenarkan memasuki Istana Balai Besar, Istana Negeri, Istana Telipot, Istana Kota Lama, Istana Tumpat dan Istana Persinggahan Gua Musang. "Tindakan disiplin akan dikenakan kepada penjawat awam yang menginkari arahan, " jelas Setiausaha Negeri Datuk Nazran Muhammad. Husam dan Wan Abdul Rahim sehingga kini masih belum memberi sebarang komen.