suria

Chong Wei nafi pemilik bersama Raj Banana Leaf

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan beliau adalah pemilik bersama restoran Raj Banana Leaf di Bangsar yang ditutup kerana isu kebersihan.

"Tidak, tidak. Bukan saya ," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada hari Rabu.

Walau bagaimanapun, menerusi pencarian syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendedahkan Chong Wei sebagai salah seorang daripada tiga pengarah syarikat yang memiliki restoran, InterCompass Sdn Bhd.

Restoran itu mengejutkan ribuan pengguna media sosial selepas klip video 30 saat menunjukkan tiga pekerjanya yang duduk di belakang restoran, menggosok dan membasuh pinggan dengan lopak air yang ada di dalam sebuah lubang di sebelah longkang.

Lee Chong Wei, Raj Banana Leaf

Artikel Lain