PUTRAJAYA: Tan Sri Rais Yatim menjadi ahli terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri Kabinet itu menerima kad keahliannya daripada Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis berbuka puasa PPBM di sini. Pengumuman tersebut bukan satu kejutan kerana kelantangan Rais mengkritik Barisan Nasional, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Susukan kritikannya, beliau yang berusia 76 tahun dipecat dari Umno, bersama dengan pengkritik lain yang lantang bersuara, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.