suria

SPRM keluar waran tangkap terhadap Jho Low, Nik Faisal

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berkaitan skandal 1MDB telah mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.

Pada masa sama, SPRM juga sedang menyiapkan waran tangkap terhadap bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Halmi dan bekas pegawai kanan Goldman Sachs Roger Ng yang meninggalkan firma tersebut pada 2014.

Wakil keempat-empat individu itu enggan mengulas lanjut atau tidak dapat dihubungi.

Seorang jurucakap SPRM juga enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini.

Jho Low, 1MDB, SPRM

Artikel Lain