suria

Dua abang 'durjana' rogol adik di ruang tamu

Gambar hiasan.

KOTA KINABALU: Seorang gadis berusia 17 tahun dipercayai dirogol oleh dua abangnya di Papar, namun selepas mangsa memberitahu ibunya, tiada tindakan diambil.

Mangsa kemudiannya memberitahu kakaknya mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi Rabu lalu.

Kakak mangsa membantunya membuat laporan polis sehingga dua suspek terbabit ditangkap.

Ketua polis Papar, Deputi Supritendan Ladamah Sulaiman berkata, dua suspek yang berusia lingkungan 20-an dipercayai mabuk ketika kejadian itu berlaku di ruang tamu rumah keluarga tersebut.

"Menurut mangsa, dia tidur di ruang tamu ketika abang-abangnya merogolnya," kata beliay ketika sidang media pada Jumaat.

Beliau berkata, salah seorang abangnya menutup mulut mangsa untuk mengelakkannya daripada membuat bunyi bising, sementara seorang lagi mengambil gunting untuk memotong pakaian dalamnya sebelum merogol mangsa.

Ladamah berkata, semua anggota keluarga yang lain sedang tidur di bilik mereka pada masa itu.

Tambah beliau, ia bukan kali pertama abang-abang mangsa menyerangnya secara seksual di mana mereka telah merogol dan mencabul mangsa dua kali iaitu ketika berusia 12 tahun.

"Mangsa turut memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut, tetapi ibunya tidak mengambil serius dengan kata-katanya," katanya Ladamah.

Susulan laporan itu, satu pasukan polis telah pergi ke rumah mangsa dan merampas sepasang gunting dan beberapa pakaian mangsa untuk menjalankan siasatan lanjut.

rogol

Artikel Berikut

Artikel Lain