suria

Ini sebab Jakim harus dikaji semula, kata Anwar

Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat pegawai kanan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dalam kempen politik berlebihan bersama kerajaan terdahulu.

Kata Anwar, perkara itu menjadi antara sebab mengapa peranan Jakim harus dikaji semula bagi memastikan jabatan itu terus relevan di negara ini.

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata Jakim akan dibatalkan, beliau kata Jakim akan dikaji semula. Bagi saya tidak salah untuk dikaji balik.

“Sekarang ini ramai juga orang bangkitkan berkaitan halal yang mereka kata sudah lebih, maksud saya sampai kain pun nak dihalalkan, ia dikatakan keterlaluan,” katanya.

Justeru, kata Anwar, beberapa perkara akan dinilai sebelum sesuatu keputusan dibuat agar peranan lebih jitu dapat dilakukan jabatan itu.    

“Saya juga ada jumpa dengan beberapa syarikat makanan Cina yang bagi tahu saya mereka tidak kisah berkaitan halal ini. Tetapi kos janganlah tambah-tambah. Keduanya, janganlah periksa terus kerana nak periksa nanti kena juga kos tambahan. Tetapi orang Islam kita kena lah periksa takut mereka pakai bahan yang terlarang.

“Kerana itu, ada beberapa perkara kita perlu teliti. Dakwah pun sama juga, perlu ada format yang betul. Sebab itu, kita perlu kaji semua perkara,” katanya. - Sinar Harian

Jakim, Anwar Ibrahim

Artikel Lain